greeting . alu2an~

greeting . alu2an~

your link please =) do follow me and i'll follow you back ok dear~

Friday, October 7, 2011

tangisan seorang gadis

gadis inginkan kasih sayang yang suci. gadis juga dambakan cinta abadi. andai satu hari nanti, gadis seperti ini tiada lagi janganlah sesekali di tangisi. kerana mereka telah berjanji, bahawa cinta suci hingga ke mati.

" saya tidak mencintai lelaki selain awak. hanya awak yang saya sayang sampai bila2. " pergi lelaki itu bersama kekasihnya yang lain bersama airmata gadis. setiap langkah berdua membuatkan gadis merasakan dirinya tidak mampu untuk bertahan lagi. kesakitan yang dialami terasa sangat2 seperti mencucuk2 dengan hebat. gadis tidak mampu berbuat apa2 melainkan rebah menyembah bumi. " hanya awak. "

gadis mengenali lelaki itu sebagai seorang sahabat yang baik. mengajar erti kehidupan, memberikan pertolongan tanpa keluhan, menyayangi walaupun gadis banyak kekurangan. daripada sahabat mereka menjadi rapat. gadis mula merasakan keserasian antara mereka berdua. gelagat mereka sentiasa diperhatikan mata2 sahabat lain. cemburu, marah, gembira melihat gadis dan lelaki itu. mereka bukan seperti yang difikirkan. hanya berselisih bahu, berbalas salam sahaja. senyum hanya bila gadis kepenatan dalam menguruskan hari2 yang sama. belajar bersama tetapi bukan berdua. itu yang terbaik.

berdebar menanti hari menentukan masa depan. hari yang bakal mereka lalui bagi berlawan kehebatan di gelanggang ilmu. gadis dan lelaki saling berbalas salam. akhiri perjumpaan mereka yang terakhir dengan kata2, " semoga berjaya gadis."

seperti cerita2 cinta yang lain, kembali bertemu pada akhir tahun 2013. dipertemukan gadis dan lelaki itu di dewan perdebatan. sebagaimana sebelum mengakhiri zaman persekolahan pada tahun 2008, gadis menerima sepucuk surat diberikan seorang sahabat lain. salam dijawab pada surat tersebut yang bertulis,

" awak, semoga berjaya dunia akhirat. saya ingin memperisterikan awak kerana ini jodoh dan pertunjuk dari Ilahi. saya ingin melamar awak menjadi isteri saya. kita akan kembali bertemu setelah saya pulang daripada luar negara. penerbangan ke Jordan pada keesokkan hari. saya berharap dapat jawapan daripada awak. saya harap awak menghantar pemergiaan saya sebagai jawapan kepada lamaran saya. memang mengejut tetapi saya mempunyai alasan tersendiri. saya melihat awak yang terbaik. sentiasa menjadi terbaik, moga awak diberkati Allah. Assalamualaikum. "

gadis terkesima. tidak tahu akan apa yang perlu dilakukan. ibu, tempat gadis mencurah segalanya. hanya satu ayat yang ibu katakan, " ibu tahu, kamu tahu yang terbaik. memohonlah kepadaNya, Dia maha mengetahui. " istikharah dan juga kembali melelapkan mata. keesokkan harinya gadis bangun menunaikan solat subuh tetapi menangis kerana hati itu telah dilukai.

. . . . . . . akan bersambung~