greeting . alu2an~

greeting . alu2an~

your link please =) do follow me and i'll follow you back ok dear~

Sunday, April 3, 2011

hanya boleh menaip..

sampai saat ini aku masih tidak dapat memaafkan diri sendiri. kerana apa yang berlaku sedikit sebanyak menyebabkan keadaan aku separuh mati. hidup lagi, separuh je mati. yup, orang sekeliling aku separuhnya mencemuh, separuh kasihan kan diri ini. terima kasih sangat2. kekurangan yang terjadi menyebabkan segalanya berubah dalam sekelip mata. orang melihat kepada kegagalan, mengejek, menyindir apatah lagi macam2 umpatan yang dikatakan. mereka yang senasib hanya pasrah kepada ketentuan Ilahi. kerana, segalanya kudrat yang maha Esa berikan. kesakitan itu sebagai penghapus dosa. ya, mungkin juga kerana kami leka. mengejar dunia meninggalkan akhirat. seringkali dahulukan yang penting daripada juadah untuk akhirat. ya, Allah berikan ku peringatan. tapi aku tetap melupakan. bagaimana aku dapat memperjuangkan pengajian ku dalam bidang ini jika solat ku terbengkalai, keadaan diri ku juga seringkali sakit, mentaliti yang jauh tersasar. Allah, benarkah ini jalan ku. aku telah melakukan istikharah dan Kau tunjukkan aku jalan ini. apa yang tersirat nya ya Rabb. kemana semangat ku pergi? kenapa aku tega mengecewakan kedua ibubapa ku? kenapa aku tidak sekuat mereka? kenapa aku tidak dapat meyakinkan orang yang aku boleh buat yang terbaik? kenapa?
persoalan yang bermain di minda ku. arrrgghhh.. kepala ku sakit memikirkan nya. entah apa yang perlu aku buat selain redha akan kegagalan ku kali ini. bongkak kah aku? mungkin, mungkin aku bongkak. mungkin aku hidung tinggi. masyaAllah. kepada mereka yang bertungkus lumus bersama ku susah dan senang, doa ku untuk kalian - ya Allah, seandainya mereka yang terbaik bersama ku untuk mengejar cita2 tanpa melupakan dunia yang sementara ini Kau berikan lah kami kekuatan, Kau jauhkan lah kami daripada hasad dengki orang2 yang ingin menjatuhkan kami, Kau penuhi hati kami dengan sikap penyayang, lemah lembut, tolong menolong, pemaaf bukan bermuka2, bukan bermegah2, bukan melebihkan yang lain daripada sahabat sendiri. bukan yang mencari cinta lain daripada cinta kepada Mu, bukan menjadi duri dalam daging, gunting dalam selimut. sanggup menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri. ya Allah, Kau berilah kami hidayah Mu agar kami peroleh ilmu ini dengan senang, dengan mudah ya Allah. jika ini lah jalan kami, Kau redhailah ya Allah. Allah, hanya pada Mu kami mengadu. kalian adalah yang terbaik untuk hidup ku. biarlah apa yang orang perkatakan, tutup telinga, buka hati dengan memaafkan.
kepada mereka: aku mohon maaf jika selama aku berkawan dengan kalian aku tersalah kata, bercakap yang bukan2. niatku hanya satu untuk berkawan dengan kalian, juga mengutip sedikit ilmu yang lebih. jika Allah tidak mahu memberikan kalian ilmu, maka aku juga tidak dapat mengambil ilmu itu daripada kalian. aku mungkin hanya pandai berkata2. tetapi, aku tidak menipu dalam mempelajari ilmu yang Allah berikan. aku tidak mencapainya dengan senang jika tanpa usaha ku sendiri. mungkin aku gagal untuk kali ini sebab aku tidak berusaha bersungguh2. mungkin juga Allah tidak redha akan ilmu ku. mungkin aku tidak dapat menjadi hambaNya yang terbaik dengan meninggalkan segala perintahNya. aku lupa yang Allah membalas segalanya sekelip mata.
apa yang aku harapkan:
- aku tidak tersalah memilih sahabat membimbing ku ke jalan yang benar.
- aku tidak menjadi hamba yang lupa akan dari mana kejadian ku.
- aku tidak mudah sakit, patah atau putus lagi!

ikhlas, shafinaz safie~ salam =)


No comments: