hari ini genap usia umi 47tahun.
hari ini umi dah di tinggalkan masa lagi.
hari ini cinta hati ku ini masih tersenyum lagi.
hari ini nyawa ku ini masih mampu gelak ketawa lagi.
Allah, berikan aku peluang untuk membalas jasa umi. jangan lah Kau cabut nyawa umi atau kau rentap usia ku. berikan aku peluang untuk mencium tangan dan pipinya lagi ya Allah. berikan aku peluang untuk memeluknya lagi ya Rabbi. jika di minta aku untuk memilih antara nyawa ku dan umi, umi juga lah yang aku pilih. kerana dia lah aku hidup. ampunkan dosa umi, ayah juga ya Allah. moga mereka sentiasa bahagia bersama kami.
kakyong mungkin tak dapat bagi kekayaan, tak dapat pulangkan balik air susu umi bagi kakyong, tak dapat nak jaga umi macam umi jaga kakyong masa kecil, tak dapat nak peluk umi selalu tapi kakyong sentiasa doakan umi agar umi sentiasa sehat dan gembira. kakyong tak tahu macam mana lagi nak hidup kalau kakyong kehilangan umi ayah~ kakyong sentiasa sayang umi ayah dunia akhirat.
salam (^_^)v
No comments:
Post a Comment